Monday, March 15, 2010

La Tahzan

Assalamualaikum

Semalam sewaktu tunggu waktu zohor, ana ada dengar sedikit takzirah dekat radio Ikim. Waktu itu adalah slot La Tahzan oleh Ustaz Zainal Abidin. Beliau telah mengupaskan dari buku La Tahzan m/s 50, tajuk 29 iaitu Syurga.


Kita seringkali dengar tentang kisah, dan keadaan di syurga dalam Al-Quran. Ini bukan bermaksud kita beribadat untuk mendapat pahala supaya dapat masuk ke syurga. Tetapi kita tahu bahawa dunia ini semantara dan destinasi akhir kita adalah syurga.
Oleh itu jika kita rasa sedih atau menderita kesusaha, ingatlah kembali nikmat-nikmat syurga yang Allah telah janjikan. Kelaparan bertukar menjadi kekenyangan, kepenatan bertukar menjadi kelegaan.

Manusia yang berakal adalah mereka yang berorentasikan akirat. Seperti dalam surah Ad-Dhuha, ada diselitkan tentang syurga. Sepeti yang kita tahu, akhirat itu lebih baik dan kekal. Syurga tak ada tarikh luput, dan dunia ada. Tetapi kalaulah tarikh luput dunia boleh nampak, macam tarikh luput roti, mesti semua orang akan jadi baik balaka.




orang paling bodaoh pula, mereka yang ingatkan dunia sebagai destinasi terakhir. Dimana dia berfikiran bahawa rumah, nikmat, kejayaan, dan lain-lain adalah miliknya di dunia. Itulah orang yang paling sedih di akhirat nanti. Sebanarnya mereka tidak sedar bahawa dunia yang fanak (binasa) hanya jambatan ke akirat.

Tetapi pernahkah kita merenung dan berfikir keadaan orang-orang di syurga?Pernahkan kita menghayati wahyu -whayu Allah?




Apabila kita ingat kembali tentang keadaan di syurga, pasti nya air mata menjadi kering membeku. Hati pula menjadi tenag. Oleh itu dalam apa jua kesedihan pun, kita hendaklah sentiasa bersabar.

Allah berfirman yang bermaksud: "Selamat sejahtera atasmu kerana kesabaranmu." Maka alangkan nikmatnya tempat kesudahan itu. (Ar-Ra'd:24)

Kita di dunia ini tidak akan terlepas dari ujian. Dan bahawasanya ujian yang kita hadapi itu tidak tertanding dengan nikmat di syurga nanti.

No comments:

Post a Comment