Monday, March 15, 2010

"Friendship":kerana Allah

Bismillah

Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah: "Apakah (amalan) Islam yang terbaik?"...Nabi berkata:"Engkau memberi makan dan memberi salam kepada orang yang engkau kenali dan kepada orang yang engkau tidak kenali." (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Hadis diatas memberi tahu tenteng permulaan ukwah islamiah. Kita sebagai manusia tidak terlepas daripada fitrah yang inginkan kawan dan ingin dijadikan kawan. Tetapi untuk mencari kawan yang baik iaitu mereka mendekatkan kita kepada Allah adalah sukar. Ana sendiri mempunyai masa yang lama untuk megenali dan mempunyai sahabat yang baik. Alhmdulillah bila kita sentiasa berdoa kepada Allah, insyaAllah akan dimakbulkan.

Ana pernah dengan kata-kata seseorang, dia kata "saya tak nak rapat-rapat sangat dengan seseorang sebagai kawan, nanti jealous la, merajuk la, itu la ini la.."




Ana tak berberapa setuju dengan pendapat tersebut, because we should dare to be close to somebody . Even Rasulullah have a bestfriend, Abu Bakar. Kalau dia mempunyai sikap yang negatif, cuba untuk menasihat dan memperbaikikan dia. Apabila tujuan persahabatan adalah kerana Allah, perkara kecil seperti jealous si dia kawan dengan orang lain tidak mudah bangkit. Kita tahu segala kegembiraan, kesedihan, kejayaan yang kita kongsi bersama datang dari Allah.

Tetapi ramai orang zaman sekarang kawan bukan atas dasar ketakwaan. Seperti contoh, kawan kerana kawan tersebut popular, cantik, kaya, pandai. Ada juga kawan sebab nak pikat atau menggatal dengan abangnya, adiknay dan lain-lain. Janganlah kita tergolong dalam golangan tersebut, kalau rasa-rasanya "ye", bertaubat la capat-capat.

Kita manusia yang mempunyai akal sememangnya tahu perkara yang baik dan buruk. Kehidupan di dunia hanya sementara, oleh itu kenapa kita membazirkan masa untuk menjalinkan persahabatan bukan kerana Allah. Hanya berfoya-foya dan bergembira selalu, akan membuat kita menangis di akhirat kelak.

No comments:

Post a Comment