Wednesday, December 17, 2008

Ikut Rasulullah

Alhamdulliah, syukur kepada Allah dengan lipah kurniaNya, pada hari ini dapat kita hidup semula dari tidur. Hm..cakap pasal tidur.. semalam saya ada baca sedikit tentang..

Tips Tidur..

Kalau nak tahu tidur ni sangat penting. Islam menganggap tidur sebagai ibadat sebab kita telah menunaikan hak kepada tubuh badan kita. Tidur yang paling baik ialah pada waktu malam. Rasulallah pun suruh kita rehat dengan cukup.
Sabda baginda: " Hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantukmu." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Pakar kesihatan pula mengatakan kita perlu tidur 7-8 jam sehari. Tapi keperluan tidur berbeza mengikut keperluan masing-masing.
Selain daripada itu kita hendaklah berwuduk sebelum tidur. Wuduk boleh membersihkan rohani. Juga dapat membantu menyejuk dan menyegarkan badan (nanti dapat mimpi yang indah .
Nabi Muhammad pun pernah bersabda: " Apabila kamu mendatangi tempat tidurmu hendaklah kamu mengambil wuduk seperti wuduk untuk solatmu." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Bila nak tidur posisi pun kene betul. Sebab ia akan memberi kesan pada kesihatan. Posisi yang terbaik ialah dengan baring di sebelah kanan. Dalam sebuah hadis baginda SAW. "Apabila kamu hendak tidur ambillah wuduk seperti wuduk untuk solatmu, kemudian baringlah di sebelah kanan."
Elakkan cara tidur yang tidak baik supaya tidak mendatangkan kesan yang negatif. Nabi Muhammad SAW pernah menegur seorang lelaki yang tidur sambil menirap. Sabda baginda, "Inilah cara tidur yang dibenci Allah." (Riwayat Tarmizi)
Pasal tidur tengah hari pula, Rasulallah pun buat jugak ia dipanggil quilulah. Imam Ghazali juga menyebut tentang kebaikan tidur tengah hari. Katanya, "Hendaklah seseorang tidak menginggalkan tidur yang sekejap kerana ia membantu iabadah pada malam hari sebagaimana sahur membantu puasa pada siang hari. Sebaik-baiknya hendaklah seseornag itu bangun dari tidurnya sebelaum gelincir matahari untuk menunaikan solat zohor."
Kita hendaklah berdoa sebelum dan selapas bangun tidur supaya sentiasa mendapat rahmatnya dan menunjukkan kita ini hamba yang bersyukur.
Doa sebelum tidur:
Ertinya: "Dengan nama Allah yang menghimpunkan dan mematikan."
Doa selapas tidur:
Ertinya: "Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami, setelah Dia mematikan kami dan kapada-Nya kami akan kembali. "
Selapas ini kita bolehla tidur dengan sempurna dengan rahmat-Nya

Tuesday, December 16, 2008

Assalamualaikum
~Hari saya nak kongsi sedikit pasal ibadat harian kita iaitu wuduk~

“AIR SEMBAHYANG "

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini"
Penjelasan nombor2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini".
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikanhisab- hisabnya di tangan kanan .

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terikmatahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasititian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi kemasjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat- tempat maksiat"
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri. Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa? Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam? Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam? Bersyukurlah dan bertaubat selalu.

Monday, December 15, 2008

Kata-kata aluan

Assalamualaikum

Sebagai permualaan, saya harap sangat blog ini dapat membentuk dan menigkatkan muslimah-muslimah yang bersinar kepada Allah. Harap kita semua dapat membantu kearah kebaikan. Juga, orang islam mesti menguasai ilmu, untuk ilmu boleh dicari melalai perbacaan ataupun perbualan.


Ingatlah muslimah yang bersinar adalah seperti
MAWAR BERDURI
Indah sungguh kelopak bungamu,Secantik bahasa dan gerak gerimu,Sopan ditiup sang bayu,Batang dan dahanmu tetap tunduk malu.
MAWAR BERDURI
Kelopakmu tetap dipelihara,Daripada Kumbang yang membinasa,Duri didahanmu tetap tersedia,Mempertahankan kecantikkan dan kesucian jiwa.
MAWAR BERDURI
Kau tetap sentiasa berdiri,Menahan cabaran yang diberi,Tetap tidak pernah hilang harga diri,Dirimu indah sukar untuk didekati,Walaupun dipujuk, dirayu oleh nafsu sendiri,Melainkan syariat memberi.
MAWAR
Si kumbang perkasa tidak akan tertawan,Dengan mawar yang kehilangan perawan dan keagungan,kerna dirimu telah rosak dibinasakan.
MAWAR
Hilang hargamu wahai sekuntum mawar murahan,Menayangkan kecantikkan yang tiada kesempurnaan,Hanya terus bertuhankan nafsu dan keseronokan,Dirimu ditinggalkan patah kelayuan.