Saturday, February 13, 2010

Kita hanya usaha


Alhamdulillah pada khamis yang lepas telah berlangsung final permainan bola sepak dan bola jaring antara rumah sukan. Ana adalah salah satu permain untuk rumah hijau. Pada hari tersebut kami (rumah hijau) telah berlawan dengan rumah biru. Untuk mengathui nombor 3 atau 4. Sebelum permainan bermula, kami bercadang untuk memanaskan badan terlebih dahulu. Dari kepala, tanagan, pinggang dan kaki. Kemudian kami membaca doa bagi rumah hijau supaya setiap langgah akan membawa keberkatan dan hanya Allah kami memohon pertolongan, dalam apa jua pun. Paling akhir, kata semagat dikata bersama-sama, "Akhdar Mumtaz!" Sebaik sahaja wisel berbunyi sama-sama kami melangkah ke kawasan perlawanan dengan bismillah.

Pada awalnya, kami rumah hijau bermain dengan penuh semagat. Sehingga goal mencecah 7-3 bagi masa yang pertama. Apabila masuk sahaja masa kedua, keadaan bagi hijau bertukar. Terlalu banyak kesilapan yang kami telah lakukan. Walaupun bola banyak dapat ditanagan kami, tetapi disebabkan kesilapan yang telah kami lakukan, bola selalu diberi ke tangan biru. Sampai masa tamat, rumah biru telah menewaskan kami.

Walaupun hijau dianggap kalah dalam permain tersebut, tetapi sebenarnya setiap pemain kami dan rumah lain sebernya telah meningkatkan kamahiran bermain bola jaring secara tidak sedar.
Selain itu, kemahiran kerjasama juga telah dipupuk. Bagi rumah hijau pula, kami percaya bahawa ada hikmah disebalik kekalahan. Hanya Allah tahu apa yang terbaik bagi kami. Hidup mesti sentiasa sabar.