Tuesday, December 15, 2009

syukur,syukur,syukur

Kadang2 terlintas di hati dan fikiran saya. Selepas hari kiamat, adakah kehidupan baru akan wujud. Juga kadang2 kalau Allah tidak menciptakan saya, apakah akan berlaku..Selain itu adik pernah bertanya kenape Allah tak kawin dan sebagainya (biase la kanak2 otak sentiasa berjalan).

Sesetengah orang akan berfikir lebih-lebih. Dan kalau kita berfikir lebih sangat kita sendiri akan jadi gila. Sebab memikir sesuatu di luar jangkaan akal kita. Sebaliknya saya berfikir bahawa ilmu Allah itu Maha Luas sehingga kita tak terjangka dalam akal kita sendiri. Juga saya berasa bersyukur kerana dipilih oleh-Nya sebagai hamba yang mempunyai pelbagai nikmat seperti Islam, kesihatan,ketenagan dan lain-lain. Sesungguhnya Allah itu Maha Kuasa! Syukur, syukur, syukur....

No comments:

Post a Comment