Wednesday, December 17, 2008

Ikut Rasulullah

Alhamdulliah, syukur kepada Allah dengan lipah kurniaNya, pada hari ini dapat kita hidup semula dari tidur. Hm..cakap pasal tidur.. semalam saya ada baca sedikit tentang..

Tips Tidur..

Kalau nak tahu tidur ni sangat penting. Islam menganggap tidur sebagai ibadat sebab kita telah menunaikan hak kepada tubuh badan kita. Tidur yang paling baik ialah pada waktu malam. Rasulallah pun suruh kita rehat dengan cukup.
Sabda baginda: " Hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantukmu." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Pakar kesihatan pula mengatakan kita perlu tidur 7-8 jam sehari. Tapi keperluan tidur berbeza mengikut keperluan masing-masing.
Selain daripada itu kita hendaklah berwuduk sebelum tidur. Wuduk boleh membersihkan rohani. Juga dapat membantu menyejuk dan menyegarkan badan (nanti dapat mimpi yang indah .
Nabi Muhammad pun pernah bersabda: " Apabila kamu mendatangi tempat tidurmu hendaklah kamu mengambil wuduk seperti wuduk untuk solatmu." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Bila nak tidur posisi pun kene betul. Sebab ia akan memberi kesan pada kesihatan. Posisi yang terbaik ialah dengan baring di sebelah kanan. Dalam sebuah hadis baginda SAW. "Apabila kamu hendak tidur ambillah wuduk seperti wuduk untuk solatmu, kemudian baringlah di sebelah kanan."
Elakkan cara tidur yang tidak baik supaya tidak mendatangkan kesan yang negatif. Nabi Muhammad SAW pernah menegur seorang lelaki yang tidur sambil menirap. Sabda baginda, "Inilah cara tidur yang dibenci Allah." (Riwayat Tarmizi)
Pasal tidur tengah hari pula, Rasulallah pun buat jugak ia dipanggil quilulah. Imam Ghazali juga menyebut tentang kebaikan tidur tengah hari. Katanya, "Hendaklah seseorang tidak menginggalkan tidur yang sekejap kerana ia membantu iabadah pada malam hari sebagaimana sahur membantu puasa pada siang hari. Sebaik-baiknya hendaklah seseornag itu bangun dari tidurnya sebelaum gelincir matahari untuk menunaikan solat zohor."
Kita hendaklah berdoa sebelum dan selapas bangun tidur supaya sentiasa mendapat rahmatnya dan menunjukkan kita ini hamba yang bersyukur.
Doa sebelum tidur:
Ertinya: "Dengan nama Allah yang menghimpunkan dan mematikan."
Doa selapas tidur:
Ertinya: "Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami, setelah Dia mematikan kami dan kapada-Nya kami akan kembali. "
Selapas ini kita bolehla tidur dengan sempurna dengan rahmat-Nya

No comments:

Post a Comment