Wednesday, September 30, 2009

Sudah atau Tidak??



Salam Syawal kepada semua...

Ramadan sudah berlalu, Raya pun sudah, tetapi sudahkan anda semua berpuasa enam?
Pada bulan ramadan kita telah manahan hawa nafsu..makan,pemandangan, pertuturan dan sebagainya. Jadi hikmah Allah mensunatkan berpuasa enam adalah untuk menjaga hawa nafsu setelah bulan Ramadan. Kerana terdapat sesetangah orang yang buat baik, beribadah pada bulan Ramadan sahaja, selapas tu buat balik maksiat. Mereka tidak mengambil pengajaran sebagai "madrasah ramadan". Jadi Allah hendak tengok setelah kita berpuasa sebulan di bulan Ramadan, boleh atau tidak menambahkan lagi ibadah puasa.

Selain itu ...
Dilaporkan daripada Abu Ayyub al-Ansari bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesiapa berpuasa sepanjang Ramadan, kemudian diikuti dengan puasa enam hari Syawal, maka seakan-akan dia berpuasa selama satu tahun." (Hadis riwayat Muslim, Abu Dawud, An-Nasa'i dan Ibnu Majah)
Hadis ini mempamerkan bahawa ganjaran diberikan Allah itu sepuluh kali ganda. Ini bermakna jika kita berpuasa selama 30 hari pada Ramadan, maka digandakan menjadi 300 hari, manakala puasa enam hari pada Syawal digandakan menjadi 60 hari. Ganjaran Allah adalah sebanyak 360 hari.
Oleh itu ganapkan lah puasa kita selama setahun. Perbanyakkanlah amalan baik, kerana perkara yang akan hitung setelah mati nanti adalah AMALAN kita.

No comments:

Post a Comment