Saturday, November 21, 2009

" Periksa dah berlalu."

" Jamuan pun dah berlalu."

" Hari terakhir sekolah dah berlapas. "

" Jadi...???"

" Jadi cuti sekolah dah pun mula!"

"Oh, kalau begitu inilah masenye untuk kita semau khususnye pelajar untuk

membuat sesuatu yang berfaedah. Mungkin boleh ulangkaji semuala pelajar tahun ini

atau tahun depan. Mungkin juge boleh belajar memasak atau craftangan. Boleh juge

pergi mane2 program luar dan kem. Ataupun membaca buku ilmiyyah."

"Kalau cakap pasal buku..I have just the right for you."

" Buku ape yang anti maksudkan tu..??"

" Tajuknye ialah 50 tokoh islam yang mengubah dunia. Bagus bukunye. Buku ni

meringkaskan mengenai tokok tersebut. Dan yang paling terharu ialah mereka semua

menulis teori, dakwah, pendapat tersendiri melalui penulisan. Dan saya rase buku

ini sangat sesuai bagi remaja khususnye. Sebab huraiannya tak pnajang lebar."

Wednesday, October 21, 2009

khas untuk kita..



Maybe ade diantara kita masih tertanya2 apakah pengertian dalam memakai tudung...watch and take benefit

Anyway...what do YOU think about wearing hijab???

Wednesday, September 30, 2009

Sudah atau Tidak??



Salam Syawal kepada semua...

Ramadan sudah berlalu, Raya pun sudah, tetapi sudahkan anda semua berpuasa enam?
Pada bulan ramadan kita telah manahan hawa nafsu..makan,pemandangan, pertuturan dan sebagainya. Jadi hikmah Allah mensunatkan berpuasa enam adalah untuk menjaga hawa nafsu setelah bulan Ramadan. Kerana terdapat sesetangah orang yang buat baik, beribadah pada bulan Ramadan sahaja, selapas tu buat balik maksiat. Mereka tidak mengambil pengajaran sebagai "madrasah ramadan". Jadi Allah hendak tengok setelah kita berpuasa sebulan di bulan Ramadan, boleh atau tidak menambahkan lagi ibadah puasa.

Selain itu ...
Dilaporkan daripada Abu Ayyub al-Ansari bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesiapa berpuasa sepanjang Ramadan, kemudian diikuti dengan puasa enam hari Syawal, maka seakan-akan dia berpuasa selama satu tahun." (Hadis riwayat Muslim, Abu Dawud, An-Nasa'i dan Ibnu Majah)
Hadis ini mempamerkan bahawa ganjaran diberikan Allah itu sepuluh kali ganda. Ini bermakna jika kita berpuasa selama 30 hari pada Ramadan, maka digandakan menjadi 300 hari, manakala puasa enam hari pada Syawal digandakan menjadi 60 hari. Ganjaran Allah adalah sebanyak 360 hari.
Oleh itu ganapkan lah puasa kita selama setahun. Perbanyakkanlah amalan baik, kerana perkara yang akan hitung setelah mati nanti adalah AMALAN kita.

Friday, September 25, 2009

Salam Syawal


Isu sebat Kartika sedikit sebanyak membuka mata semua orang tentang indahnya hukum Islam..sehingga menghukum pun tidak sampai menyeksakan si pesalah..mari kita belajar dan dalami indahnya Islam..

wallahua'lam...



Sebat cara Civil pula....

Maklumat Ringkas:
SEBAT CARA ISLAM

1. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
2. Jika pesalah hamil, hukuman dilaksanakan selepas 2 bulan melahirkan anak.
3. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
4. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.
5. Sebatan dengan kekuatan sederhana.
6. Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala.
7. Tidak melukakan kulit pesalah.

SEBAT CARA SIVIL
1. Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.
2. Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat.
3. Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja.
4. Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat.
5. Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
6. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
7. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara sentapan.
8. Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana pesalah dapat merasakan cebisan kulit tersentap keluar.

"YANG MANA ADIL, YANG MANA ZALIM?"


Berkaitan:
Presiden PAS: Hukuman rotan syariah tidak melukakan
...Hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (pindaan 1987) sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.

Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW....

Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.

Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi....
__._,_._

Firman Allah dalam surah Al-Hujurat ayat 6 yang Tafsirnya:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."

Belcony Sears Tower

The balconies of the Sears Tower in Chicago - not for people who have vertigo!

The owners of the Sears Tower , the tallest skyscraper in the United States ( Chicago ),inaugurated last week four glass box viewing platforms. These balconies are suspended 1,353 feet (412 meters) in the air on the 103rd floor. They are 10ft high and 10ft wide and can hold 5 tons with their 1.5 inch thick glasses.

Really impressive and definitively something to try...


Saturday, August 29, 2009

syukur



Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh..

Syukur ke atas illahi kerana pada hari ini hati saya telah tergerak balik untuk meneruskan dakwah2 menerusi blog ini yang telah lama dibiarkan..dan saya maaf sangat.

Jadi hari ini saya ingin berkonsi sedikit tentang program ABJZ..tau x ape bende tu program ABJZ tu..it stands for Anda Bijak Jauhi Zina. Penceramahnye ialah Ummi Roses. Kalau kite lihat ramai remaja sekarang yang telah tersasar di landasannya. Mereka telah cair hanye dengan perkataan "I LOVE YOU"...astaghfirulullah..betapa lemahnya umat islam kini..Matlamat kita sepatutnya syahid seperti remaja2 di Palestin sana..padalah kita disini mati sebab dijankiti AIDS.Ayuh!Remaja2 islam!bangunlah!

Cakap pasal AIDS..Malaysia sebenarnye top 5 negara Asia Tenggara yang dijangkiti AIDS.Bahaya tu..banyangkan top 5!!! Janganlah ya Allah.. Dekat Raudatul Sakinah tu setiap bulan ade orang nak masuk..sampai kene mohon dah penuh. Bile ditanya mane boyfriend..jawab perempuan tu..xtau dan lari. Tanye lagi..lelakinye duduk mane, kerje ape, n name ape? Jawab perempuan tu..namenye Joe la edy la kerje dengan bapanya, duduk dekat rumah sewa tu tapi dah xduduk da, nombor handphone dah x pakai. Jadi lelakinya hilang begitu saja dan wanita menjadi mangsa.Tetapi alhamdulillah wanita2 yang masuk di Raudatul Sakinah tu dulu tiap2 minggu bersolat taubat..kini tiap2 hari mereka bangun dan bermunajjat kepada Allah agar taubat mereka diterima.

Allah sudah memberitahu kita didalam Al-Quran supaya kita JANGAN mendekati zina. Jadi diberi balasan bagi yang ingkar dengan perintahnya. Because syaitan will always be wispering next to you..



Jagalah dirisendiri...amalkan prinsip no coupling before marrige..kerana anak kita berhak untuk mendapat kuturunan yang suci selaian mendapt nafkah.


Jadi kita perlu sedar dan tanam dalam diri untuk menjadi muslim yang terbaik..dan kalau kita merupakan seorang pelajar, kita perlu tanamkan untuk menjadi pelajar yang terbaik. Itu barulah orang islam yang sejati. Selain itu kita perlu sentiasa menimba ilmu supaya tidak ketinggalan..yaitu ilmu agama yang penting sekali.


Jadi akhir kata dari saya..ikutlah cara hidup islam yang sebenarnya, nescaya hidup akan teratur. Dan saya sangat bersyukur sebeb dijauhkan dengan perkara-perkara sebegitu.awak?



Wednesday, December 17, 2008

Ikut Rasulullah

Alhamdulliah, syukur kepada Allah dengan lipah kurniaNya, pada hari ini dapat kita hidup semula dari tidur. Hm..cakap pasal tidur.. semalam saya ada baca sedikit tentang..

Tips Tidur..

Kalau nak tahu tidur ni sangat penting. Islam menganggap tidur sebagai ibadat sebab kita telah menunaikan hak kepada tubuh badan kita. Tidur yang paling baik ialah pada waktu malam. Rasulallah pun suruh kita rehat dengan cukup.
Sabda baginda: " Hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantukmu." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Pakar kesihatan pula mengatakan kita perlu tidur 7-8 jam sehari. Tapi keperluan tidur berbeza mengikut keperluan masing-masing.
Selain daripada itu kita hendaklah berwuduk sebelum tidur. Wuduk boleh membersihkan rohani. Juga dapat membantu menyejuk dan menyegarkan badan (nanti dapat mimpi yang indah .
Nabi Muhammad pun pernah bersabda: " Apabila kamu mendatangi tempat tidurmu hendaklah kamu mengambil wuduk seperti wuduk untuk solatmu." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Bila nak tidur posisi pun kene betul. Sebab ia akan memberi kesan pada kesihatan. Posisi yang terbaik ialah dengan baring di sebelah kanan. Dalam sebuah hadis baginda SAW. "Apabila kamu hendak tidur ambillah wuduk seperti wuduk untuk solatmu, kemudian baringlah di sebelah kanan."
Elakkan cara tidur yang tidak baik supaya tidak mendatangkan kesan yang negatif. Nabi Muhammad SAW pernah menegur seorang lelaki yang tidur sambil menirap. Sabda baginda, "Inilah cara tidur yang dibenci Allah." (Riwayat Tarmizi)
Pasal tidur tengah hari pula, Rasulallah pun buat jugak ia dipanggil quilulah. Imam Ghazali juga menyebut tentang kebaikan tidur tengah hari. Katanya, "Hendaklah seseorang tidak menginggalkan tidur yang sekejap kerana ia membantu iabadah pada malam hari sebagaimana sahur membantu puasa pada siang hari. Sebaik-baiknya hendaklah seseornag itu bangun dari tidurnya sebelaum gelincir matahari untuk menunaikan solat zohor."
Kita hendaklah berdoa sebelum dan selapas bangun tidur supaya sentiasa mendapat rahmatnya dan menunjukkan kita ini hamba yang bersyukur.
Doa sebelum tidur:
Ertinya: "Dengan nama Allah yang menghimpunkan dan mematikan."
Doa selapas tidur:
Ertinya: "Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami, setelah Dia mematikan kami dan kapada-Nya kami akan kembali. "
Selapas ini kita bolehla tidur dengan sempurna dengan rahmat-Nya